Teman mudah dicari, tetapi teman sejati amat payah untuk dimiliki, kumencari-cari insan yang mampu menjadi teman sejati buat menemani perjuangan yang belum selesai dalam keluarga dan kerjaya. Masih jauh perjalananku ke hadapan. Kita bukanlah " gagak di rimba juga bukan merak di kayangan". Pengetahuan atau ilmu dan kemahiran yang dimiliki perlu dikongsi dan digunakan dengan sebaik mungkin dengan niat keranaNya. Atas takdir Illahi penghijrahan ku ke sebuah IPG di utara tanah air menemukan kami di JTMK. Terima kasih kerana sudi membantu dalam apa hal sekali pun, sama ada peribadi, keluarga, study dan kerjaya. Kehadirannya amat dirasai dan tanpanya bagai hari siang yang tiada cahaya matahari dan malam gelap yang tiada cahaya bulan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Berhati-hatilah dengan orang yang berlakon baik tapi hatinya penuh dengan hasad dengki dan khianat. Bergembiralah jika mendapat teman yang pendiam dan berjaga dengan tutur kata dan ucapannya. Berbahagialah jika mendapat suami/isteri yang boleh menerima ucapan dan tindakan kita, walaupun hatinya pedih dan kecewa tapi kemaafan sentiasa bertahta di jiwanya.
Post a Comment