Thursday, August 28, 2008

Pulut dan Santan

Pulut dan santan banyak digunakan dalam makanan sama ada bercampur atau pun secara berasingan. Contohnya "pulut durian" dan kuih "buah melaka". Orang Melayu telah memindahkan idea daripada makanan yang dimakan ke dalam bidang bahasa seperti penggunaan pepatah Melayu :
" kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa".
Daripada pemerhatian, kajian dan pengalaman hidup, banyak kejadian benar telah saya lihat berlaku di depan mata dan telah lama berlaku. Mulut(lidah) yang digunakan untuk berkomunikasi (bercakap) sesama manusia, sekiranya keterlaluan menyentuh perasaan orang lain(hingga tidak dapat dimaafkan) telah menjadi penyebab kepada kejadian yang tidak diingini. Ada yang memberi kesan buruk kepada mangsa beberapa jam sahaja(jangka pendek) dan ada kesannya yang membawa maut, dan lebih teruk lagi merana berpuluh-puluh tahun lamanya. Kadang-kadang lebih baik kita mendiamkan diri bukannya bermakna kita "pendiam"atau "bisu" tetapi untuk mengelakkan kejadian yang tidak terduga atau menderhaka kepada orang-orang tertentu.
Bagi sesetengah orang, mendiamkan diri juga perlu untuk konsentrasi (komunikasi intrapersonal) atau semasa kita memindahkan gelombang minda kepada manusia lain.
Namun begitu mulut yang manis dan petah berbicara juga belum tentu ikhlas di hati. Hanya Allah yang tahu...Renungkanlah...Tiada seorang pun manusia yang sempurna 100%, kecuali para Rasul yang maksum. Kita perlu betulkan diri sendiri dulu sebelum membetulkan orang lain...Insya Allah berkesan...!!

2 comments:

Julak said...

Berhati-hati ketika berkata kerana kata-kata itu adalah doa.Kadangkala kita berkata apa sahaja yang terlintas di fikiran kita, tanpa memikirkan baik buruknya.Lebih malang lagi apabila kata-kata yang diucapkan itu mengandungi kata-kata kesat serta boleh menyingungkan hati orang lain, terutama ibu bapa dan suami/isteri.Berbahagialah kita sekiranya mempunyai ibu bapa atau suami/isteri yang penyabar dan sanggup menelan kata nista dan memaafkannya.

Sister said...

Alhamdulillah!
Terima kasih di atas kesedaran dan nasihat itu, SAYA DOAKAN semoga anak muda menjadi anak/suami/bapa yang soleh, mendapat keberkatan dan rahmat Allah sehingga ke akhir hayat, AMIN!! Kebahagiaan yang kekal adalah di sana....selepas roh terpisah daripada jasad, bersendirian di alam barzakh tanpa suami/isteri atau pun ibu dan bapa.