" kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa".
Daripada pemerhatian, kajian dan pengalaman hidup, banyak kejadian benar telah saya lihat berlaku di depan mata dan telah lama berlaku. Mulut(lidah) yang digunakan untuk berkomunikasi (bercakap) sesama manusia, sekiranya keterlaluan menyentuh perasaan orang lain(hingga tidak dapat dimaafkan) telah menjadi penyebab kepada kejadian yang tidak diingini. Ada yang memberi kesan buruk kepada mangsa beberapa jam sahaja(jangka pendek) dan ada kesannya yang membawa maut, dan lebih teruk lagi merana berpuluh-puluh tahun lamanya. Kadang-kadang lebih baik kita mendiamkan diri bukannya bermakna kita "pendiam"atau "bisu" tetapi untuk mengelakkan kejadian yang tidak terduga atau menderhaka kepada orang-orang tertentu.Bagi sesetengah orang, mendiamkan diri juga perlu untuk konsentrasi (komunikasi intrapersonal) atau semasa kita memindahkan gelombang minda kepada manusia lain.
Namun begitu mulut yang manis dan petah berbicara juga belum tentu ikhlas di hati. Hanya Allah yang tahu...Renungkanlah...Tiada seorang pun manusia yang sempurna 100%, kecuali para Rasul yang maksum. Kita perlu betulkan diri sendiri dulu sebelum membetulkan orang lain...Insya Allah berkesan...!!