Friday, February 13, 2009

XPDC KSPK08 de Langkawi









Dari Pantai Chenang ke Gua Kelawar ,
terus ke Geopark feed the eagles,
singgah sebentar ke Pusat Penternakan Ikan dlm Sangkar ,
lalu balik naik feri dari Kuah ke Kuala Perlis.

First time lihat Pokok Asam tumbuh di tepi laut,
Pulau kecil berbentuk kasut,
berjalan sendiri dalam kegelapan gua,
tanpa lampu suluh juga rakan d sisi,
cuma bergantung pada pancaindera
dan tawakkal.

Thursday, January 1, 2009

AHLAN WA- SAHLAN "2009" / 1430 HIJRAH.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU

Mulakan agenda tahun baru ini dengan semangat baru dan azam baru. Bertambah lagi setahun usia dan pengalaman hidup yang bewarna-warni . Moga mampu menjadi insan yang lebih cekal dan tabah mengharungi liku-liku kehidupan. Selagi merah darah mengalir dan beredar dalam tubuh selagi jantung berdegup dan hidung bernafas , selagi itulah nadi berdenyut dan minda yang sihat mampu menguasai tindakan kita.

Usah takut untuk melakukan kesilapan, sebaliknya belajar daripada kesilapan MAKA
Berfikir sebelum bertindak dan fikirkan kembali baik/buruk tindakan kita..
DAN
Berilah kepercayaan kepada orang yang percayakan kita
SERTA
sayangi diri sendiri sebelum menyayangi diri insan lain.




Wednesday, October 29, 2008

KSPK (TMK)



Kursus yang diikuti hampir sampai ke penghujung. Selama 10 bulan yang lalu banyak pengetahuan dan pengalaman diperolehi sama ada dengan sendiri, bantuan kawan-kawan, abang M, pensyarah dan orang perseorangan. Pengalaman yang tidak diduga dan dijangkakan berlaku terhadap diri sebelum mengikuti kursus ini, telah pun berlaku .... dialami tanpa dapat dielak, mungkin di atas takdir Ilahi ...(dgn izin Allah) atau pun kesilapan diri sendiri . Betullah pepatah "tak kenal maka tak cinta". Tanpa disedari ada sesuatu yang berlaku terhadap diri ini, dirancang dengan rapi tanpa dimaklumkan terlebih dulu, objektif dan tujuannya ...Maka jadilah saya "mayat bernyawa" yang dibedah hidup-hidup tanpa perasaan , tersiksa jiwa dan raga , ketawa, menangis, bercakap sendiri, marah, cemburu, sayang, rindu, benci dan kecewa silih berganti seperti orang gila...Belajar tetap nak belajar tapi sekejap lupa, sekejap ingat dan macam-macam lagi . Alhamdulillah "Ana" masih waras dan sedar diri. Seperti baru tersedar dari mimpi , study week selama 2 minggu ni saya berusaha terus untuk mengulangkaji sebagai persediaan menghadapi peperiksaan pada 6 dan 11 November nanti. Saya sedar perubahan yang telah berlaku dalam tempoh itu terhadap diri, keluarga , profesionalisma dan kerjaya. Moga perubahan yang makin baik dan berkekalan bukanlah sebaliknya.... sebab saya sendiri pun tak tahu apa akan berlaku esok apatah lagi tahun depan, 10 tahun lagi atau pun 1000 tahun lagi... wallahua'lam. Sesungguhnya kehadiran dan pengorbanan seorang insan yang saya panggil abang (saudara) amat dihargai dan tak akan dilupakan hingga ke akhir hayat..

Friday, September 26, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

http://beta.123greetings.com/events/hari_raya/hariraya19.html.
Ramadhan pasti berlalu meninggalkan kita dan entah sempat atau tidak kita menyambutnya sekali lagi pada tahun hadapan. Pelbagai ujian telah dihadapi menahan hawa nafsu, kekuatan mental dan emosi serta keimanan...Syawal pasti menjelma meraikan kemenangan umat Islam , bertakbirlah dengan penuh kesyukuran dan keinsafan...
Kepada semua pembaca blog tidak kira siapa, di mana, ada kena-mengena hidup atau mati, saya mohon beribu-ribu ampun dan kemaafan atas segala kesalahan, kesulitan dan kesusahan samada dizahirkan atau terdetik dalam hati ini, atau menyinggung perasaan sesiapa jua sepanjang penulisan blog ini "Biodiversity". Percaya atau tidak... terimalah ucapan Selamat Hari Raya daripada saya melalui link di atas...(I'm glad to have you in my life). Biodiversity akan berakhir bila-bila masa , setelah segalanya telah diungkapkan secara sedar atau tidak, sama ada rela atau terpaksa demi memartabatkan profesion, keperibadian, kekeluargaan, dan kebahagiaan seorang insan yang bergelar "cikgu". PERJUANGAN MESTI DITERUSKAN...

Thursday, August 28, 2008

Pulut dan Santan

Pulut dan santan banyak digunakan dalam makanan sama ada bercampur atau pun secara berasingan. Contohnya "pulut durian" dan kuih "buah melaka". Orang Melayu telah memindahkan idea daripada makanan yang dimakan ke dalam bidang bahasa seperti penggunaan pepatah Melayu :
" kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa".
Daripada pemerhatian, kajian dan pengalaman hidup, banyak kejadian benar telah saya lihat berlaku di depan mata dan telah lama berlaku. Mulut(lidah) yang digunakan untuk berkomunikasi (bercakap) sesama manusia, sekiranya keterlaluan menyentuh perasaan orang lain(hingga tidak dapat dimaafkan) telah menjadi penyebab kepada kejadian yang tidak diingini. Ada yang memberi kesan buruk kepada mangsa beberapa jam sahaja(jangka pendek) dan ada kesannya yang membawa maut, dan lebih teruk lagi merana berpuluh-puluh tahun lamanya. Kadang-kadang lebih baik kita mendiamkan diri bukannya bermakna kita "pendiam"atau "bisu" tetapi untuk mengelakkan kejadian yang tidak terduga atau menderhaka kepada orang-orang tertentu.
Bagi sesetengah orang, mendiamkan diri juga perlu untuk konsentrasi (komunikasi intrapersonal) atau semasa kita memindahkan gelombang minda kepada manusia lain.
Namun begitu mulut yang manis dan petah berbicara juga belum tentu ikhlas di hati. Hanya Allah yang tahu...Renungkanlah...Tiada seorang pun manusia yang sempurna 100%, kecuali para Rasul yang maksum. Kita perlu betulkan diri sendiri dulu sebelum membetulkan orang lain...Insya Allah berkesan...!!

Sunday, August 24, 2008

Merdeka dan Ramadhan Al-Mubarak

Selamat menyambut dan menghayati Hari Merdeka ke 51 pada 31 Ogos 2008 . Anak- anak merdeka seharusnya berjiwa merdeka ( kekadang jiwa kita tidak pernah merdeka..) dan mempunyai semangat patriotik yang tinggi. Minggu depan akan tibalah Bulan Ramadhan, bulan yang mulia bagi umat Islam , inilah masanya untuk hambaNya menyuci hati dan memohon keampunan Allah atas dosa-dosa yang lalu. Banyakkan ibadat dan jangan lupa membaca ayat-ayat suci Al Quran , hai anak-anakku. Tidak ada maknanya jika hanya berjaya khatam Al Quran tapi tidak dapat mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Moga anak-anak menjadi anak yang soleh dan solehah.

Monday, August 18, 2008

PTK 2 DG41 (Periksa...Lagi)

Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK 1) mula-mula sekali diduduki pada tahun 2003 dan lulus buat kali pertama. Nasib atau pun layak ? Selepas itu bermulalah PTK 2 bagi diriku, 3 tahun berturut-turut ambil periksa(2005, 2006 terpaksa tangguh, 2007 ) tapi keputusan hanya III/III, Baik; ( Keseluruhan :III) telah memenuhi syarat minimum utk kenaikan pangkat ??? Tahun ni.. Jun 2008 telah lulus Cemerlang 1 paper (umum), Alhamdulillah. Tinggal 1 paper lagi , iaitu pada 21.08.2008 untukku mencuba dan terus berusaha lagi supaya keputusannya juga Cemerlang dalam pengkhususan(p&p). Kertas terakhir dan mungkin tahun terakhir untuk menduduki peperiksaan PTK2 setelah mencapai "time-based" tempoh perkhidmatan untuk ke Gred DG 44. Mengikuti Kursus KSPK ini merupakan titik tolak "penghijrahan" diriku sebagai PPPS dan juga dalam kehidupan keluarga , manusia hanya mampu merancang, hanya Allah yang menentukan. "HANYA KAU YANG MAMPU"...