Friday, June 20, 2008

Teman Sejati

Teman mudah dicari, tetapi teman sejati amat payah untuk dimiliki, kumencari-cari insan yang mampu menjadi teman sejati buat menemani perjuangan yang belum selesai dalam keluarga dan kerjaya. Masih jauh perjalananku ke hadapan. Kita bukanlah " gagak di rimba juga bukan merak di kayangan". Pengetahuan atau ilmu dan kemahiran yang dimiliki perlu dikongsi dan digunakan dengan sebaik mungkin dengan niat keranaNya. Atas takdir Illahi penghijrahan ku ke sebuah IPG di utara tanah air menemukan kami di JTMK. Terima kasih kerana sudi membantu dalam apa hal sekali pun, sama ada peribadi, keluarga, study dan kerjaya. Kehadirannya amat dirasai dan tanpanya bagai hari siang yang tiada cahaya matahari dan malam gelap yang tiada cahaya bulan.

Tuesday, June 10, 2008

Kembara Visual ke 3T (Tiga Teluk)



Cuti pertengahan semester IPG agak panjang, jadi minggu ke-2 cuti adalah masa untuk bersama suami dan anak-anak menikmati cuti di tempat-tempat peranginan. Tidak dilupakan juga menjenguk ibu-bapa mertua yang uzur di kampung. Destinasi kami adalah Teluk Batik, Lumut, Teluk Rubiah, Sitiawan dan akhir sekali Teluk Intan, Perak . Negeri yang menyimpan banyak khazanah alam semulajadi yang menarik dan terpelihara. Namun begitu pengembaraan kami belum selesai di sini, mungkin akan berterusan hingga ke tahun hadapan. Beting Beras Basah, Bagan Datoh menjadi salah satu target Kembara Visualku. Di sana tersimpan jawapan tentang kejadian air pasang-surut, putaran bumi, daya graviti, bumi, sains dan kedaulatan raja-raja Melayu serta metos yang perlu dibongkar.