
Setiap kali menuju ke selatan ketika balik kampung, kami akan melalui terowong ini sebelum sampai ke Bandaraya Ipoh, Perak. Terowong ini menyimpan berbagai rahsia, macam-macam cerita yang didengar dan tiada kesudahannya. Ia dibina merentasi banjaran bukit yang masih utuh hingga kini tiada tanda-tanda runtuhan akan berlaku, masih selamat . Mungkin kerana perancangan pengurusan biodiversity yang cekap telah dilakukan dulu. Kehadiran cahaya lampu dari atas syiling telah menerangi jalan dan menjadi panduan kepada pemandu kenderaan menyeberangi terowong misteri ini.