Sunday, March 23, 2008

Rose

Roses is a genus of flowers. They are usually pink, red, white, yellow or blue. Different colored roses have different meaning. It has storns on its stems. Roses are often given to a person as a symbol of love. They are members of family Rosaceae.

Monday, March 10, 2008

Hibiscus Rosa - Sinensis

Hibiscus Rosa - Sinensis merupakan bunga kebangsaan Malaysia dan dikenali juga sebagai Bunga Raya. Ianya adalah sejenis tumbuhan berbunga (angiosperm) dan sering ditanam sebagai pokok hiasan. Warna merah adalah lambang semangat waja dan berani. Flower is the reproductive organ for flowering plants. The male reproductive organ is called the stamen , consists of filament and anther. The female reproductive organ is the pistil or carpel. It consists of stigma, style and ovary which contains the ovule. During germination the seed will germinate to produce a new generation of plants. Bunga selain daripada berfungsi sebagai hiasan atau menjadi pujaan hati manusia , dalam Biologi ianya juga penting untuk kesinambungan spesies melalui "proses percambahan" . Bagi angiosperms bunga sangat penting untuk menghasilkan buah, biji benih dan tumbuhan baru. Tanpa bunga tiadalah kehidupan.

Sunday, March 9, 2008

Awan Berarak Mendung Berlalu

Ciptaan Yang Maha Esa tiada bandingannya. Kombinasi lapisan ozon, atmosfera, stratosfera, ionosfera , gas-gas, angin dan awan digambarkan begitu indah sekali. Awan berarak mendung pun berlalu, mendung tak semestinya akan hujan. Tiupan bayu membawa mendung jauh dari pandangan mata. Pancaran mentari muncul di ufuk timur membawa petanda bermulanya hari baru yang cerah bagi mereka yang menantikannya. Semoga berkekalan hingga ke akhirnya.

Saturday, March 8, 2008

Keunggulan Rhizopores

Pemandangan yang diperlukan untuk menenangkan fikiran yang kusut semasa menghadapi liku-liku kehidupan. Air laut yang bersih adalah sesuai untuk pokok bakau , iaitu Rhizopora hidup dan membiak. Spesies ini berada dalam zon perintis dan menjadi benteng kepada penduduk yang tinggal berhampiran pantai daripada keganasan ombak atau pun ancaman "tsunami". Ia dapat hidup walaupun akar terendam di dalam air yang berlumpur kerana wujudnya "pneumatofor" atau "akar bernafas" yang tumbuh tegak ke atas permukaan air. Pada struktur tersebut berlakunya pertukaran gas respirasi (antara oksigen dan karbon dioksida) . Peliharalah khazanah negara kita(Malaysia) yang berharga ini, demi masa depan anak-anak bangsa kita.

Thursday, March 6, 2008

Patah Sayap Bertongkat Paruh

Burung Merpati dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai "Domestic Pigeon" atau "Rock Pigeon". Nama saintifiknya pula "Columba Domestica". Ciri-ciri burung adalah mempunyai tulang belakang dan berdarah panas. Penyesuaian untuk membolehkannya terbang terletak pada bentuk badan yang larus, badan yang ringan(tulang yang berongga) dan sayap berbentuk aerofoil. Otot- otot pektoralis major dan minor sering bekerja seiringan dan cekap demi membolehkan burung terbang ke destinasinya.














Wednesday, March 5, 2008

Simenfero Selepas Hujan

Lestarikan laman rumah dengan kerusi simenfero. Lapangkan masa dan fikiran sejenak bersama keluarga di bawah rimbunan pokok "mata kucing". Suasana nyaman dan segar selepas hujan, simenfero masih tetap utuh dan padu. Memerlukan pengurusan yang cekap dan kesabaran tinggi untuk membina laman ini.